Interflour Malaysia
Resipi
Resipi > Prestasi Flour Mill (M) > Biskut > Biskut Cip Coklat
Biskut Cip Coklat
Bahan :
TEPUNG GANDUM BAKERS'CHOICE VIT EN 350 gm
Mentega 250 gm
Gula Perang 200 gm
Kuning Telur 2 biji
Garam 3.5 gm
Tepung Jagung 18 gm
Esen Coklat 2 drops
Serbuk Koko 18 gm
Cara-Cara :
- Panaskan ketuhar kepada 180⁰C.
- Minyakkan talang atau lapiskan talang dengan kertas minyak.
- Ayakkan tepung, serbuk koko dan tepung jagung.
- Pukul mentega, gula perang dan garam sehingga berkrim.
- Tambah kuning telur dan campur sehingga sebati.
- Gabungkan dengan TEPUNG GANDUM BAKERS'CHOICE VIT EN, serbuk koko dan tepung jagung. JANGAN terlebih kacau.
- Letakkan campuran dalam acuan dan terapkan di atas talang berminyak.
- Bakar biskut selama 12-15 minit. (Bergantung kepada keaadaan ketuhar)